Sunday, July 21, 2013

Kewajipan Menuntut Ilmu

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat & para sahabat Baginda r.a. Insya-Allah pada kali saya akan membicarakan perihal kewajipan menuntut ilmu atas setiap Muslim.

Dropbox 2.2.8

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat Baginda r.a. Alhamdulillah, pada kali ini saya akan berkongsikan satu software yang amat berguna, terutama bagi para pelajar IPT.

Thursday, July 18, 2013

Cara Remove Iklan \ Ads pada sesetengah Laman Web

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat Baginda r.a. InsyaAllah pada kali ini saya akan kongsikan tutorial bergambar step by step bagaimana untuk remove iklan @ Ads pada sesetangah laman web.

Apabila kita melayari sesetengah laman web, kadang-kadang akan keluar iklan-iklan atau Ads yang tidak diperlukan, kadang-kadang menyerabutkan kita atau mungkin yang lebih teruk lagi keluar iklan-iklan yang tidak senonoh dengan gambar yang bukan-bukan. Jadi di sini saya akan kongsikan cara untuk mengatasinya. langkahnya mudah sahaja, hanya perlu ikut step by step, ikuti langkah-langkah di bawah.

Saturday, June 15, 2013

Ke mana halatuju kita?

Assalamualaikum wrb.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah menciptakan langit dan bumi, dan yang telah mencurahkan rahmat dan nikmat keatas makhluk-Nya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat Baginda. 

Insya-Allah, marilah sama-sama kita bermuhasabah ke atas diri kita yang sentiasa tidak terlepas dari membuat kesilapan dan dosa. marilah kita merenung kembali apakah tujuan kita diciptakan di dunia ini.. nukilan ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sekadar menukil peringatan buat sahabat-sahabat sekalian terutama buat diri ini.

Wednesday, February 6, 2013

Cara melajukan Komputer anda..

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. InsyaAllah kali ini kami akan kongsikan beberapa tips buat anda untuk melajukan PC yang slow.

Komputer anda slow? Laju ketika baru lepas format sahaja? Ada beberapa perkara yang menyebabkan komputer anda menjadi slow, sehingga kadang-kadang menyebabkan komputer anda seringkali Hang.Ini akan mengganggu kerja kita terutama ketika waktu urgent  untuk menyiapkan sesuatu kerja. Oleh itu, ikuti beberapa langkah dibawah bagi mengatasi masalah tersebut:-

1.    Buang spyware dalam komputer dan pastikan komputer anda tiada virus.

Terkadang kita tidak sedar application spyware terinstall secara automatik dalam komputer kita, spyware akan beraksi secara tidak sedar ketika mana komputer kita sedang beroperasi, ini akan memberikan bebanan kepada processor kita, sekaligus menyebabkan komputer kita menjadi slow. Virus juga akan menyebabkan pemprosessan komputer kita menjadi slow, bukan itu saja, malah ia boleh menyebabkan komputer anda rosak!! So bertindak sekarang!! Haha, tau takot..

2.    Pastikan haddisk anda tidak penuh dan padat.

kadang tanpa kita sedari banyak fail-fail yang telah kita simpan dalam haddisk kita, sama ada fail video, musik, gambar dan sebagainya. Anda perlu perhatikan, berapakah ruangan yang tinggal dalam harddisk anda, sekiranya terlalu penuh, deletelah mane yang anda rasa x perlu disimpan, atau beli external harddisk pastu simpan dalam tu, tapi kalau harddisk anda bersaiz besar xpe...

3.    Sentiasa menjalankan operasi Disk Defragmenter.

Benda ni ramai yang terlupa nak buat, disk defragmenter ni berfungsi untuk menyusun fail-fail dalam komputer kita, apabila fail tidak tersusun, maka sistem akan menjadi slow untuk membuka mana-mana fail, jadi dengan fail yang tersusun memudahkan sistem komputer kita untuk membuka fail yang dikehendaki. Sebagai contoh, dirumah anda terdapat satu almari yang terletak fail-fail pelbagai, dan fail-fail tersebut tidak bersusun, maka akan menyukarkan anda untuk mencari salah satu fail yang anda kehendaki. Betol x?

4.    Sentiasa scan disk untuk fix error.

Sama seperti kereta, apabila kita sentiasa gunakan, pasti akan berlaku sama ada kerosakan kecil ataupun besar, kadang harddisk yang kita gunakan terdapat beberapa error yang perlu kita fix atau baiki. Jika error tidak dibaiki, maka lama-kelamaan harddisk tersebut akan tamat riwayatnya secara tiba-tiba, mati mengejut. Masa tu x sempat dh nak backup2 fail.

5.    Uninstall application yang tidak digunakan.

kadang ada beberapa application yang kita perlukan seperti pemain video, pengedit gambar dan sebagainya, dengan perkembangan dunia teknologi hari ini, pelagai aplikasi telah dicipta, namun kadang kita x sedar ketika kita menginstal satu-satu aplikasi tersebut, akan terinstal juga aplikasi yang kita x inginkan. Anda perlu perhatikan aplikasi-aplikasi yang anda tidak inginkan dalam control panel/add/remove program.

6.    Bersihkan habuk-habuk yang tersangkut pada ruangan kipas processor.

Uhuk2!!.. banyaknye habuk... hu2.. ini cara yang agak sukar sekiranya anda menggunakan laptop, kerana memerlukan kemahiran untuk membuka casing laptop untuk memudahkan anda mencapai pada kipas prosessor, apabila kipas prosessor anda penuh dengan habuk, sawang, sarang semut, semak samun dan sebagainya, ia akan mengganggu pengaliran udara dalam laptop anda, justeru, prosessor anda akan menjadi terlalu panas melebihi paras normal, dan apabila prosessor terlalu panas, maka slow la jawabnye..silap hari bulan boleh rosak prosessor tu..

7.    Cara yang terakhir, format!!

Cara-cara diatas x berkesan langsung? Kalau macam tu, format je la jawabnye... tapi anda perlu tahu, bahawa kelajuan komputer anda adalah bergantung kepada version prosessor dan RAM anda, adapun cara-cara diatas adalah untuk meringankan sedikit beban komputer anda.

Semoga tip-tip diatas dapat membantu bagi mereka yang menghadapi masalah disaat-saat ia diperlukan. Akhir kalam, semoga kita semua terus sukses dalam karier dan sentiasa dibawah rahmat pengampunan Allah swt. wassalam..:-)

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran