Sunday, July 21, 2013

Dropbox 2.2.8

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat Baginda r.a. Alhamdulillah, pada kali ini saya akan berkongsikan satu software yang amat berguna, terutama bagi para pelajar IPT.
Software yang saya maksudkan adalah Dropbox versi terkini buat masa ni.. Dropbox adalah software yang memerlukan capaian internet bagi membolehkan ia beraksi, ia merupakan software yang memudahkan untuk anda berkongsi apa jua file gambar, video & document dengan orang-orang yang anda telah invite untuk berkongsi, misalan kata anda ditugaskan untuk membuat tugasan berkumpulan, jadi anda hanya perlu upload dokumen assignment yang master, kemudian anda inivite sahabat anda, tugas seterusnya anda hanya perlu edit dalam dropbox tersebut, kerana apabila anda edit, secara automatik file yang ada pada dropbox sahabat anda juga akan teredit, tidak perlu lagi bertukar-tukar pendrive, x perlu lagi berkongsi-kongsi virus, hehe, anda juga perlu mendaftar akaun dropbox.

http://www.maximumpc.com/files/u160391/dropbox.png 
Sebarang pertanyaan, cadangan sila email kepada khairussyafiq@gmail.com

No comments:

Post a Comment