Friday, March 30, 2012

SIRI 2 : Dakwah & Teknologi Maklumat (Bagaimana?)

Cara berdakwah menggunakan medium Teknologi Maklumat.

Assalamualaikum, semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera dan senantiasa berada di bawah rahmat serta redha Allah SWT, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat baginda ra. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita masih lagi diberi peluang bernafas di bumi miik-Nya ini dan masih lagi diberi nikmat iman...
Alhamdulillah pada siri yang pertama dakwah & teknologi maklumat, kita telah membincangkan sedikit berkaitan pengenalan apa itu dakwah & teknologi maklumat, insyaAllah pada siri yang kedua ini kita akan membincangkan bagaimana untuk melaksanakan dakwah dalam dunia IT, (maaf bahasa agak rojak) seperti mana yang telah kita ketahui, dakwah islami adalah menyeru manusia kepada Islam, dalam seruannya haruslah mempunyai unsur yang menyentuh seruan kepada aqidah, ibadah dan akhlak ataupun salah satu daripadanya. oleh itu, bagaimanakah cara untuk berdakwah di bidang teknologi maklumat?

dalam kemajuan dunia IT pada masa kini, terdapat banyak sumber-sumber penyebaran maklumat seperti laman Youtube, Facebook, Twitter, Blogger, dengan pertambahan pengguna internet dan perkembangan dunia IT, pasti akan memudahkan lagi kerja-kerja dakwah Islamiyyah. Namun pada siri ini kita akan membincangkan cara berdakwah melalui Youtube, Facebook dan Blogger sahaja...

Medium 1 : www.youtube.com.

Youtube adalah sebuah laman yang membolehkan pengguna internet untuk mencari, men"download", men"upload" dan menonton video yang dikehendaki, oleh itu, untuk berdakwah melalui facebook, sebuah video harus dibuat. langkah yang pertama adalah anda create satu video yang mempunyai unsur peringatan, perkongsian ilmu agama yang menyentuh perkara aqidah, ibadah ataupun akhlak seorang muslim, ataupun sebuah video yang menceritakan perjalanan hidup atau dakwah Nabi Muhammad SAW, para-para sahabat baginda atau para-para ulamak terdahulu. kemudian langkah seterusnya anda produce video anda atas format video flv atau avi, saiz video hendaklah jangan terlalu besar, kemudian mendaftar akaun youtube dengan menekan butang "Sign in" pada paparan hadapan youtube. kemudian anda tekan butang "Upload" dan masukkan video yang telah anda create. kemudian anda hanya perlu share link video anda dalam facebook, twetter dan sebagainya. namun perlu diingat, sifat ria' & takabbur harus dijauhi agar apa yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia, niat harus ikhlas...

Medium 2 : www.facebook.com



laman sosial facebook adalah sebuah laman jaringan sosial yang popular tidak kira dari kalangan kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. anda boleh berkongsi apa sahaja di laman facebook seperti artikel, gambar, video, link web dan sebagainya, ini memudahkan lagi kerja dakwah anda. kita bermula dengan artikel, anda hanya perlu menulis di "wall" beberapa ayat yang mempunyai unsur dakwah, atau menulis beberapa petikan hadis, ayat quran sebagai pengajaran mahupun peringatan, ataupun boleh juga menyalin beberapa petikan daripada buku-buku agama dan sebagainya.

seterusnya adalah dengan berkongsi gambar dalam laman sosial facebook, anda boleh search gambar dari google untuk mencari gambar-gambar yang terdapat unsur-unsur dakwah atau ilmu agama, sebagai contoh lihat gambar dibawah :-
tidak kira berapa panjang pesanan anda, asalkan mempunyai mesej dakwah, seelok-eloknya biarlah pesanan yang ringkas, tetapi dalam maknanya. sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam men "design" gambar menggunakan Adobe Photoshop atau software yang seantero dengannya, anda hanya perlu create sebuah gambar yang mempunyai mesej dakwah,  dan meng "Upload" ke dalam laman sosial facebook. mudah bukan? asalkan niat anda ikhlas... seterusnya adalah dengan cara berkongsi video di laman facebook, caranya mudah sahaja, anda boleh search video di laman youtube yang telah di upload oleh saudara se Islam kita yang lain, kemudian anda tekan butang share di laman youtube, sebenarnya banyak lagi cara yang anda boleh gunakan di laman sosial facebook, anda boleh mencari lagi ilmu dari sumber lain berkaitan dengan dakwah & teknologi maklumat ini untuk mendapatkan step yang lebih detail.


Medium 3 : www.blogger.com



Blogger adalah sebuah laman yang boleh digunakan untuk menyatakan pendapat, pandangan, kisah peribadi dan sebaginya, terdapat banyak lagi laman blog, namun saya hanya ingin fokuskan kepada Blogger.com sahaja, bagaimana caranya? begini caranya, anda perlu mendaftar akaun blogger, ianya percuma, kalau boleh tulis username dan password yang didaftarkan di mana-mana, takot-takot nanti terlupa... kemudian anda boleh menulis, atau berkongsi info dari laman web lain (gambar, video atau artikel), dan sebagainya yang mempunyai mesej dakwah


Penutup
setelah apa yang dibincangkan, jelaslah bahawa sebenarnya jalan dakwah itu amatlah luas, perbincangan ini hanyalah meliputi 40% jalan dakwah melalui teknologi maklumat, banyak lagi medium dakwah yang anda boleh gunakan, namun sekali lagi perlu diingatkan, niat anda haruslah betul, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk atas kehebatan diri, tetapi niat hendaklah ikhlas untuk menegakkan agama Allah kerana Allah, dan hendaklah kita menjauhi sifat ria' dan takabbur, jika tidak, maka sia-sia sahajalah apa yang kita lakukan. jadi mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan keredhaan Allah SWT.

Sekiranya anda ingin mengetahui cara berdakwah melalui Youtube, Facebook atau Blogger lebih detail disertai dengan gambar, anda boleh request di ruangan komen, insyaAllah kami akan cuba memenuhi permintaan tersebut. dan InsyaAllah pada siri yang ketiga kami akan kongsikan contoh-contoh dakwah teknologi maklumat yang terdapat di dunia IT pada masa kini, coming soon...


Antara senarai Link yang boleh anda gunakan sebagai medium dakwah:-

Youtube.com       - klik sini
Facebook.com   - klik sini
Blogger.com       - klik sini
Twitter.com          - klik sini
WordPress.com - klik sini

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran

Baca siri 1

Friday, March 16, 2012

Cara Burn file ke dalam CD/DVD

Cara burn CD / DVD gune PowerISO.

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga anda semua senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, dan senantiasa di bawah rahmat serta redha Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda ra....

InsyaAllah, pada kali saya akan kongsikan satu cara atau tutorial bergambar bagaimana untuk burn file dalam CD/DVD. Terkadang pensyarah menyuruh kita menghantar assignment sofcopy dalam CD ataupun dalam situasi lain, kita hendak mengosongkan sedikit  ruang dalam harddisk atau external harddisk kita, dan burn kedalam CD/DVD adalah salah satu caranya, Semoga ianya bermanfaat kepada anda, pada kebiasaannya, saya menggunakan software PowerISO (x kesah version bpe) untuk burn file... ada lagi beberapa software lain yang digunakan untuk burn CD/DVD seperti UltraISO, DaemonTools, Nero Burning, MagicISO dan banyak lagi, namun dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara burn file menggunakan software PowerISO...

perkara pertama yang perlu anda pastikan ialah anda meng "Instal" PowerISO ke dalam komputer anda, untuk mendonwload PowerISO pergi ke bahagian "Software" dalam blog MEdia KReative ini...

Langkah 1 : buka software PowerISO, akan terpapar pada skrin seperti gambar di bawah.











Paparan PowerISO


Langkah 2 : Tekan pada butang "Add" seperti gambar di bawah.














Langkah 3 : setelah anda tekan "Add", paparan tetingkap seperti gambar di bawah akan  muncul, justeru, pilih file atau folder yang anda ingin burn ke dalam CD/DVD.














Langkah 4 : setelah jumpa file yang anda ingin burn, pilih file tersebut kemudian tekan butang "Add" seperti dalam gambar di bawah.

p/s : anda boleh memilih samaada folder ataupun file sekaligus, cuma pilih file / folder pastu tekan je butang "Add"









Langkah 5 : setelah anda tekan butang "Add" ia akan kembali kepada paparan awal tadi, boleh kelihatan file yang anda pilih tadi. lihat gambar di bawah.

p/s : untuk menambah lagi file / folder yang dikehendaki, anda cuma perlu lakukan langkah 2, 3 dan 4.









Langkah 6 : masukkan CD / DVD ke dalam pemacunya. x tau pemacu tu ape? bahasa kampungnya "tempat masuk cd". lihat gambar di bawah.



Langkah 7 : setelah memasukkan CD /DVD, kemudian pada paparan PowerISO tekan butang "BURN" lihat gambar di bawah.














Langkah 8 : stelah anda tekan "BURN", paparan seperti gambar di bawah akan keluar, kemudian tekan butang "BURN" pada paparan tersebut, prosess burn akan berjalan dimulai dengan prosess analyze file, kemudian prosess burn file, pada ketika ini masa akan diambil beberapa mnit bergantung kepada file yang anda burn.















Langkah akhir : setelah prosess burn selesai, pemacu CD / DVD anda akan terbuka dengan sendirinya (jgn terkejut plak), anda boleh masukkan kembali CD /DVD tersebut untuk memastikan sama ada file / folder yang anda burn sudah wujud dalam CD. mudah bukan? seperti membuat ABC, bermula dengan mengisar ais sehingga meletakkan aiskrim keatasnya...

Semoga tutorial ini memudahkan lagi kerja anda... InsyaAllah... rabbi yassir wala tu'assir...

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran