Thursday, September 13, 2012

Doa Dhuha + Terjemahan + Video



Doa Dhuha
بسم الله الرحمان الرحيم
اَلّلهُمَّ إِنَّ الضُّحَـﺂءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ وَالجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِى فِي السَّمَـﺂءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ ﺁتِنِىْ مَـﺂاَتَيْتَ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya kecantikan-Mu, Keindahannya keindahan-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-Mu, perlindungannya perlindungan-Mu, Ya Allah, jika rezki masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala, yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amiinn Ya Rabbal A’laminn…


Marilah kita sama-sama mengamalkan solat sunat dhuha, tidak kira berapa rakaat, yang penting istiqamah...:-)

Wednesday, September 5, 2012

Download Mozilla firefox 15

Mozilla FireFox 15

Assalamualaikum, semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat baginda ra.

InsyaAllah pada hari ini saya akan kongsikan satu software internet browser yang berguna dan terlatest buat masa ni, xtau la ble akan kuar yang lagi latest lps ni, Mozilla Firefox adalah perisian internet browser yang mudah untuk di handle, terutamanya bagi mereka pengguna-pengguna setia Internet Download Manager (IDM).



Silakan mendownload DISINI

Selamat mendownload...:-)

Install Font JAWI dalam PC anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga kalian sentiasa berada dibawah rahmat dan redha Allah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah pada kali ini saya akan kongsikan satu perisian yang bermanfaat iaitu perisian JAWI untuk Pc anda. Sebagaimana yang kita telah maklum, tulisan arab biasa tiada huruf-huruf jawi seperti huruf Pa, Nga, Cha dan sebagainya, selepas menginstall perisian ini, insyaAllah akan ada.


Buka aplikasi On-Screen Keyboard, kemudian tekan button Shift pada keyboard anda untuk memilih huruf-huruf Jawi tambahan seperti Pa, Cha, Nga, dan sebagainya (lihat gambar di bawah):
Huruf Jawi On-Screen Keyboard

Video Tutorial:

 



Semoga ianya bermanfaat buat anda..:-)

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran