Thursday, February 2, 2012

SIRI 1 : Dakwah & Teknologi Maklumat (Pengenalan)

Pengenalan (Dakwah & Teknologi Maklumat)

Assalamualaikum, semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera dan senantiasa berada di bawah rahmat serta redha Allah SWT, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat baginda ra. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita masih lagi diberi peluang bernafas di bumi miik-Nya ini dan masih lagi diberi nikmat iman...

Pada kali ini saya akan membicarakan tentang dakwah & teknologi maklumat, apa yang anda tahu tentang perkaitan dakwah dan teknologi maklumat? menurut Abu Al-Fatah Al-bayanuni dalam kitabnya Al-Madkhal 'ila 'Ilmu Ad-Dakwah, dakwah islamiyyah membawa maksud "Menyampaikan ajaran Islam kepada manusia, mengajarkannya kepada mereka dan merealisasikannya dalam realiti kehidupan", atau secara ringkasnya menyeru manusia kepada Islam, adapun pengertian teknologi maklumat, ape ek.. jp, bkak wikipedia, hehe... dalam bahasa inggeris, teknologi maklumat adalah (information technology) atau singkatannya IT, ruang lingkup maksudnya sangat luas, ia merangkumi pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

secara umumnya orang ramai memahami maksud dan dan juga teknologi maklumat, kebanyakan masyarakat pada hari ini menyempitkan bidang dakwah hanya kepada ceramah dan kuliah ustaz-ustaz di masjid, gerakan tabligh, pendakwah bebas dan sebagainya, namun, secara realitinya jalan dakwah itu luas, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang serba canggih ini, cuba lihat sebentar video ini yang menceritakan dakwah dan teknologi maklumat...


apa yang anda dapat dari video ini? teknologi-teknologi terkini? iphone? ipad? hehe... sebenarnya video ini menceritakan betapa luasnya jalan dakwah itu... di zaman teknologi maklumat ini, pelbagai jalan yang kita boleh gunakan sebagai dakwah, seperti bidang penyiaran, facebook, twitter, youtube, blogger, wordpress dan sebagainya. dengan kelebaran jalur internet di seluruh dunia memudahkan lagi kerja dakwah walau dimana anda berada, oleh itu ambillah peluang daripadanya.

cuba anda berfikir sejenak, saya ambil contoh berdakwah melalui facebook, anda tulis di wall anda satu petikan hadis atau ayat quran yang menjadi peringatan bagi yang lalai, kemudian sahabat facebook anda share pula apa yang anda tulis kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dan proses sharing berjalan tanpa henti, bukankah ketika itu saham pahala anda sedang berjalan walaupun anda telah pergi menghadap ilahi? tetapi cuba anda bayangkan sekiranya anda share satu fitnah, ataupun anda upload gambar yang tidak menutup aurat, apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda upload itu dikongsikan pula oleh sahabat-sahabat yang lain dan proses sharing sentiasa berjalan walaupun anda telah pergi menghadap ilahi? na'uzubillah min zaalik...

berbalik kepada tajuk kita, dakwah dalam teknologi maklumat, sabda Nabi SAW secara mafhumnya "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat", ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh berdakwah tidak kira sama ada banyak mahupun sedikit ilmunya, jadi bagaimana cara untuk berdakwah menggunakan teknologi maklumat? nantikan siri yang kedua, time for study, hu3, to be continued... insyaAllah...

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran


Baca siri 2