Thursday, July 18, 2013

Cara Remove Iklan \ Ads pada sesetengah Laman Web

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas segala limpahan nikmat yang tidak putus-putus keatas alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum kerabat Baginda r.a. InsyaAllah pada kali ini saya akan kongsikan tutorial bergambar step by step bagaimana untuk remove iklan @ Ads pada sesetangah laman web.

Apabila kita melayari sesetengah laman web, kadang-kadang akan keluar iklan-iklan atau Ads yang tidak diperlukan, kadang-kadang menyerabutkan kita atau mungkin yang lebih teruk lagi keluar iklan-iklan yang tidak senonoh dengan gambar yang bukan-bukan. Jadi di sini saya akan kongsikan cara untuk mengatasinya. langkahnya mudah sahaja, hanya perlu ikut step by step, ikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1
Buka web browser anda sama ada firefox @ Chrome atau sebagainya, namun dalam tutorial ini saya menggunakan Mozilla Firefox. Buka enjin carian www.google.com...

Langkah 2
Setelah laman google terpapar, taip pada ruangan search "adblock plus" rujuk pada gambar 1.
Gambar 1
kemudian tekan button search, beberapa pilihan laman web akan terpapar seperti dalam gambar sebagaimana yang kita taip pada ruangan search.









Langkah 3
Click pada pilihan yang link kan kepada "addons.mozilla.org" seperti dalam gambar 2 di bawah.
Gambar 2
kedudukan link tidak semestinya berada pada tempat kedua, mungkin ia berubah-ubah, jadi apa yang penting lihat mana pilihan yang link kepada laman "addons.mozilla.org".









Langkah 4
Kemudian setelah anda lakukan Langkah 3, maka paparan laman web seperti dalam gambar 3 di bawah akan muncul.
Gambar 3
Anda hanya perlu tekan button hijau "+Add to Firefox" seperti dalam gambar 3.











Langkah 5
Setelah anda click button hijau tersebut, maka notification akan keluar seperti dalam gambar 4 di bawah.
Gambar 4
Anda hanya perlu tekan button Allow tersebut seperti dalam gambar 4, dan lihat langkah seterusnya.. mudah je kan.. sambil makan aiskrim pon boleh, hehe..









Langkah 6
Setelah anda tekan button "Allow", maka prosess mendownload akan bermula seperti dalam gambar 5 di bawah, kebiasaannya tak sampai 5 minit.. tak sempat gi kedai beli aiskrim.
Gambar 5
Tunggu sehingga selesai, kemudian pergi ke langkah seterusnya..











Langkah 7
Setelah selesai mendownload, maka paparan seperti dalam gambar 6 akan keluar.
Gambar 6
paparan Software Installation akan keluar, dan anda hanya perlu tekan button "Install Now" yang bermaksud "Pasang Sekarang".











Langkah 8
Kemudian selang beberapa saat akan keluar notification seperti dalam gambar 7 di bawah yang menunjukkan prosess install telah selesai.
Gambar 7














Langkah 9
Langkah terkhir anda adalah cek semula untuk memastikan sama ada Adsblock berjaya di install atau sebaliknya. tekan pada menu "Tools" seperti pada gambar 8, kemudian tekan pilih menu "Add-Ons" juga seperti dalam gambar 8.
Gambar 8












Gambar 9


kemudian lihat pada ruangan "Extensions" anda akan dapat lihat "Adblock Plus", bermakna ia telah berjaya di install, maka selesai lah sudah pembelajaran kita pada hari ini, murid-murid boleh bersurai. sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment