Monday, March 7, 2016

Dakwah is Colourful

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, begitulah juga halnya setiap da'ie mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, ada yang mampu berdakwah dengan berpolitik, ada yang mampu berdakwah dengan berpidato, berceramah, berkuliah, dan ada juga yang mampu berdakwah dengan penulisan buku-buku, artikel-artikel, juga dengan pesanan ringkas, ada juga yang mampu berdakwah dengan gambar-gambar, nasyid, syair dan sebagainya.
Perbezaan kemampuan dalam berdakwah ini ada disebut dalam sabda baginda SAW yang bermaksud "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan (kata-katanya), dan jika tidak mampu, cegahlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman". Oleh itu, selagi mana kita berada di atas landasan aqidah yang sama, matlamat dakwah yang sama, janganlah kita saling cemuh mencemuh, tuduh menuduh, tuding menuding, rendah merendah sesama da'ie, dek kerana merasa diri kita lebih baik dari orang lain, tidak kiralah tahap mana kemampuan kita dalam berdakwah, tetap dan beristiqamahlah berdakwah hingga ke akhirnya.
Semoga dengan kepelbagaian wasilah dalam berdakwah ini, Islam dapat disebarkan meresap kepelusuk masyarakat yang mempunyai kepelbagaian ragam penerimaan mereka terhadap seruan. "Mengerat Ukhwah, Bersama Berdakwah".. Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment