Thursday, October 9, 2014

Tanda-tanda terkena gangguan makhluk halus

Assalamualaikum wrh wbr… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat baginda, serta para sahabat r.a. Semoga kita senantiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


            Sebagai umat Islam, kita hendaklah yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Jin, syaitan dan iblis itu wujud, ini kerana di dalam al-Quran banyak menceritakan perihal jin, iblis dan syaitan. Walaupun kita sekarang berada di zaman serba moden dan canggih, bukanlah bermakna jin, iblis dan syaitan ini tidak wujud, sebenar mereka berada disekeliling kita dan mereka tidak pernah lupa untuk mengganggu dan menyesatkan manusia. Oleh yang demikian itu, insyaAllah saya akan kongsikan beberapa informasi yang penting berkenaan tanda-tanda gangguan makhlus halus ini.

Tanda-tanda terkena gangguan makhluk halus:
  • Mimpi berada di tempat yang seram
  • Mimpi berada di tempat kotor/jijik.
  • Mimpi dipatuk/dikejar ular, anjing dan sebagainya.
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
  • Mimpi didatangi seseorang (kecuali mimpi berjumpa Rasulullah)
  • Rasa seperti sering diperhatikan, sedangkan tiada sesiapa.
  • Sering mendengar suara bisikan, samaada dia menyebut sesuatu, memanggil @ menyeru nama.
  • Gelisah dan panas ketika mendengar ayat-ayat suci al-Quran.
  • Sering terlihat kelibat makhluk halus.
  • Rasa seperti ada orang disebelah ketika menutup mata.
  • Ketawa, menangis/ rasa sedih tanpa sebab.
  • Sering mendengar bunyi seperti guli jatuh di atas syiling.
  • Sering mendengar seperti ada orang melompat di atas bumbung.
  • Sering terhidu bau busuk, hanyir, bau kapur barus dsb.
  • Mendengar suara menangis/mengilai di luar rumah. (Kebiasaannya di atas pokok berhampiran rumah)


Tanda-tanda terkena sihir/santau/buatan orang:
  • Mimpi seperti ada orang yang ingin membunuhnya.
  • Mimpi dikejar/digigit/dipatuk binatang.
  • Batuk berpanjangan.
  • Rasa sakit seperti dicucuk benda tajam di seluruh badan. (kebiasaannya selepas asar hingga maghrib).
  • Sakit pada mana-mana bahagian badan tanpa diketahui puncanya.
  • Ditimpa penyakit kronik secara tiba-tiba. (Cth kerosakan buah pinggang, dsb).
  • Rasa panas badan seperti dibakar. (Kebiasaannya selepas asar hingga maghrib).
  • Muntah darah, samada disertai benda-benda aneh seperti rambut, kaca, jarum dan sebagainya.
  • Diganggu ketika hendak tidur, (Cth seperti katil digoncang dsb.)
  • Sikap berubah secara mendadak, seperti malas, mengantuk dsb.
  • Hubungan kasih sayang suami isteri merosot, ada juga yang membawa kepada perceraian.
  • Menjadi panas baran, cepat marah walaupun disebabkan perkara kecil.
  • Hilang selera makan.
  • Jiwa tidak tenteram, sering berasa ada yang tidak kena.
  • Pelanggan kurang secara mendadak. (Jika terlibat dengan perniagaan)
  • Rumah sering dimasuki binatang seperti biawak besar, ular hitam dsb.


Tanda-tanda mempunyai SAKA:
  • Mimpi seseorang memberi bayi. 
  • Mimpi mendukung bayi.
  • Mimpi menyusukan bayi.
  • Mimpi didatangi seseorang (kebiasaannya berbaju kuning, putih/ hitam).
  • Mimpi didatangi & diberi sesuatu oleh seseorang.
  • Mempunyai kehebatan tertentu seperti pandai mengurut walaupun tidak pernah belajar mengurut, pandai bersilat walaupun tidak pernah belajar silat dsb.
  • Yakin nenek moyang kita mempunyai saka (samada datuk, nenek, ibu @ bapa), dan orang tersebut memberi sesuatu seperti cincin, keris, barang2 lama, senjata lama, dsb.

Demikianlah beberapa tanda-tanda terkena gangguan, sihir, santau dan saka yang dapat disenaraikan, walaubagaimanapun sebenarnya banyak lagi tanda-tanda, namun apa yang disenaraikan di atas adalah beberapa tanda yang sering atau kebiasaannya dialami oleh kebanyakan orang, sekiranya anda pernah mengalami salah satu, atau beberapa tanda-tanda di atas, adalah disyorkan supaya merujuk dan membuat rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam yang di I’tiraf. Namun perlu diingatkan, sekiranya anda mengalami salah satu tanda-tanda diatas, bukanlah bermakna sah anda terkena gangguan, tetapi kemungkinan besar tu ada, tindakan segera adalah digalakkan kerana kebiasaannya, lagi lama makhluk tersebut duduk di dalam badan seseorang, lebih sukar untuk dibuang. Wallahu’alam…


Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen @ melalui email, sekian.

1 comment:

  1. Sya terhidu kapur barus...apa makna benda tersebut??

    ReplyDelete