Friday, October 25, 2013

Cara cut file mp3 dengan mudah

Assalamualaikum wrh wbr dan salam sejahtera.... Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi atas limpahan nikmat kurnia dan inayahnya dapat lagi kita menghirup udara segar & diberi keizinan untuk terus menerus mencari bekalan akhirat.... Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Rasulullah SAW serta kaum kerabat Baginda r.a... pada entri sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk convert video kepada pelbagai format pilihan... InsyaAllah pada entri kali ini pula saya akan kongsikan bagaimana untuk cut/potong file mp3 iaitu dengan mengambil hanya part yang kita mahukan untuk dijadikan ringtone atau sebagainya...
Sebelum itu sila download software mp3 cutter yang akan kita gunakan.. click link download di bawah...


Version : 2.1.1
Size : 207.73 kb

Mari kita mulakan, ikuti langkah di bawah satu persatu bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar...

STEP 1

Open aplikasi mp3 direct cut dengan double click pada icon mp3 direct cut, sekiranya icon tersebut tidak wujud di desktop walaupun setelah anda install aplikasi tersebut, anda boleh mencarinya di dalam folder C:\Program Files (x86)\mp3DirectCut.. setelah anda open aplikasi tersebut, paparan seperti gambar 1 akan muncul...

Gambar 1















Kebiasaannya apabila aplikasi tersebut dibuka untuk kali yang pertama, ia akan minta anda untuk setup language dan paparan seperti dalam gambar 2 di bawah akan muncul...

Gambar 2





















Setelah language dipilih, pergi kepada menu "Device" dan pastikan settingnya sama seperti yang dipaparkan dalam gambar 3 di bawah...

Gambar 3





















Setelah selesai, click butang close untuk pergi kepada step yang seterusnya...

STEP 2

Step seterusnya adalah memasukkan file mp3 kedalam aplikasi untuk dipotong... Click menu "File" di bahagian atas sebelah kiri, kemudian pilih sub-menu "Open" seperti dalam gambar 4... atau boleh juga menggunakan butang shortcut pada keyboard dengan menekan (Ctrl + O)...

Gambar 4
















Paparan seperti dalam gambar 5 akan muncul, anda perlu memilih file mp3 yang ingin anda potong kemudian tekan open....

Gambar 5

















selepas anda click butang open, paparan seperti gambar 6 akan muncul, apa yang perlu anda lakukan ialah tick pada kotak kecik yang bertulis "Don't Show This Message Again" (Lihat gambar 6)... kemudian click butang "OK"...

Gambar 6
















Anda akan dapat lihat frekuensi lagu mp3 yang telah anda masukkan di ruangan timelime seperti dalam gambar 7....

Gambar 7
















Tinggi dan rendahnya frekuensi tersebut menunjukkan bahagian-bahagian tone bunyi samaada tinggi, rendah @ tiada bunyi dalam lagu tersebut... anda boleh cuba memainkan lagu dalam aplikasi tersebut dengan menekan butang "Play"... ini akan memudahkan anda untuk mendengar dan meneliti part yang ingin anda potong... untuk dijadikan ringtone kebiasaannya orang akan cut dan ambil bahagian korus lagu... apabila anda click butang "Play", lagu akan dimainkan dan dalam masa yang sama timeline diatas akan bergerak... dan boleh tekan stop pada mana-mana part yang ingin anda potong...


STEP 3

Setelah anda menjumpai part yang ingin anda potong, pastikan ia mempunyai titik awal dan titik akhir part yang diinginkan... anda hanya perlu tarik scrol bar di bawah timeline untuk meletakkan garisan pada part yang ingin dijadikan titik awal... kemudian tekan butang "Set Begin" (lihat gambar 8), kemudian cari part pengakhiran lagu yang hendak dipotong, kemudian tekan butang "Set End" (Lihat gambar 9)....

Gambar 8
Gambar 9





























apabila titik permulaan & pengakhiran sudah ditanda, maka bahagian yang berada di antara permulaan & pengakhiran akan menjadi bewarna biru, dengan erti kata lain bahagian yang selected (lihat gambar 10).. bahagian bewarna biru itulah yang akan disave sebagai file yang telah di cut..

Gambar 10
















Anda boleh mendengar ulang part yang telah anda select diatas bagi memastikan part yang anda pilih itu adalah betul, iaitu dengan menekan butang "F4".. sekiranya ada yang yang tak kena, anda boleh edit semula "Set Begin" dan "Set End"....

STEP 4

Step yang terakhir ialah anda perlu save part yang anda select setelah anda puas hati, iaitu dengan menekan butang "File" dan memilih sub-menu "Save Selection.." (lihat gambar 11)..

Gambar 11
















Kemudian paparan seperti gambar 12 akan muncul, pilih destinasi folder dan kemudian click butang "Save"...

Gambar 12


















Sekian sahaja... sekiranya terdapat masaalah @ pertanyaan @ kemusykilan sila tinggalkan komen anda di ruangan komen... InsyaAllah saya akan cuba bantu sedaya mungkin....
Selamat Mencuba...:-)

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran

No comments:

Post a Comment