Medium 2 : www.facebook.com
laman sosial facebook adalah sebuah laman jaringan sosial yang popular tidak kira dari kalangan kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. anda boleh berkongsi apa sahaja di laman facebook seperti artikel, gambar, video, link web dan sebagainya, ini memudahkan lagi kerja dakwah anda. kita bermula dengan artikel, anda hanya perlu menulis di "wall" beberapa ayat yang mempunyai unsur dakwah, atau menulis beberapa petikan hadis, ayat quran sebagai pengajaran mahupun peringatan, ataupun boleh juga menyalin beberapa petikan daripada buku-buku agama dan sebagainya.
seterusnya adalah dengan berkongsi gambar dalam laman sosial facebook, anda boleh search gambar dari google untuk mencari gambar-gambar yang terdapat unsur-unsur dakwah atau ilmu agama, sebagai contoh lihat gambar dibawah :-
tidak kira berapa panjang pesanan anda, asalkan mempunyai mesej dakwah, seelok-eloknya biarlah pesanan yang ringkas, tetapi dalam maknanya. sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam men "design" gambar menggunakan Adobe Photoshop atau software yang seantero dengannya, anda hanya perlu create sebuah gambar yang mempunyai mesej dakwah, dan meng "Upload" ke dalam laman sosial facebook. mudah bukan? asalkan niat anda ikhlas... seterusnya adalah dengan cara berkongsi video di laman facebook, caranya mudah sahaja, anda boleh search video di laman youtube yang telah di upload oleh saudara se Islam kita yang lain, kemudian anda tekan butang share di laman youtube, sebenarnya banyak lagi cara yang anda boleh gunakan di laman sosial facebook, anda boleh mencari lagi ilmu dari sumber lain berkaitan dengan dakwah & teknologi maklumat ini untuk mendapatkan step yang lebih detail.
Medium 3 : www.blogger.com
Blogger adalah sebuah laman yang boleh digunakan untuk menyatakan pendapat, pandangan, kisah peribadi dan sebaginya, terdapat banyak lagi laman blog, namun saya hanya ingin fokuskan kepada Blogger.com sahaja, bagaimana caranya? begini caranya, anda perlu mendaftar akaun blogger, ianya percuma, kalau boleh tulis username dan password yang didaftarkan di mana-mana, takot-takot nanti terlupa... kemudian anda boleh menulis, atau berkongsi info dari laman web lain (gambar, video atau artikel), dan sebagainya yang mempunyai mesej dakwah
Penutup
setelah apa yang dibincangkan, jelaslah bahawa sebenarnya jalan dakwah itu amatlah luas, perbincangan ini hanyalah meliputi 40% jalan dakwah melalui teknologi maklumat, banyak lagi medium dakwah yang anda boleh gunakan, namun sekali lagi perlu diingatkan, niat anda haruslah betul, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk atas kehebatan diri, tetapi niat hendaklah ikhlas untuk menegakkan agama Allah kerana Allah, dan hendaklah kita menjauhi sifat ria' dan takabbur, jika tidak, maka sia-sia sahajalah apa yang kita lakukan. jadi mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan keredhaan Allah SWT.
Sekiranya anda ingin mengetahui cara berdakwah melalui Youtube, Facebook atau Blogger lebih detail disertai dengan gambar, anda boleh request di ruangan komen, insyaAllah kami akan cuba memenuhi permintaan tersebut. dan InsyaAllah pada siri yang ketiga kami akan kongsikan contoh-contoh dakwah teknologi maklumat yang terdapat di dunia IT pada masa kini, coming soon...
Antara senarai Link yang boleh anda gunakan sebagai medium dakwah:-
Youtube.com - klik sini
Facebook.com - klik sini
Blogger.com - klik sini
Twitter.com - klik sini
WordPress.com - klik sini
Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran
Baca siri 1










