Sunday, September 20, 2015

Dunia & Akhirat

DI DUNIA, manusia berebut tanah, kawasan, sehingga sanggup membunuh, menipu & menindas, tp DI SYURGA, Allah sediakan syurga tingkat yg pling rendah luasnya seluas dunia, utk hambanya yg pling rendah imannya.

DI DUNIA kita inginkan rumah besar yg t'sergam indah, banglo, Villa, Condo, tp DI SYURGA, Allah sediakan Istana yg bertakhta berlian beserta dgn khadam2nya tanpa perlu pening membayar gaji mereka.

DI DUNIA manusia ingin makan pelbagai jnis makanan sehigga akhirnya dtimpa pelbagai pnyakit, tp DI SYURGA, tiada istilah sakit & penyakit, manusia bisa melantak sepuas2nya tnpa rasa knyang spaya dpt menikmati kelazatan beribu2 jenis mkanan dan minuman & yg psti tiada obesiti, kncing mnis, drah tiggi mahupun gout.

DI DUNIA, nafsu manusia mahukan semua benda, nak itu, nak ini, kalau boleh nak semua yg ada kt dunia ni, namun tak semua kita perolehi, tp DI SYURGA, kita akan perolehi apa sahaja yg diingini nafsu kita.

"dan kamu akan beroleh (pada hari akhirat) apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh (pada hari itu) apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat : 3)

DI DUNIA, kita psti inginkn kehidupan yg aman, sejahtera dan bahagia, namun terkadag prasaan sedih, kecewa, dukacita dtg mengeruhkan jiwa kita, tp DI SYURGA, tiada lagi prasaan sedih, kecewa dan dukacita, yg ad hanyalah ketenangan, keamanan, ksjahteraan dan kbhagiaan yang kekal abadi.

Alangkah Indahnya nikmat syurga, lebih indah lagi nikmat itu kekal selamanya, tiada lagi dukacita, kesakitan, kematian, dan tiada lagi kiamat di akhirat sana.. benarlah firman Allah "dan kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal" (surah al-a'la : 17), namun utk memperolehinya, kita perlulah bersabar hanya utk seketika di dunia, sungguh, Allah Maha Kaya lagi Maha Pemberi Nikmat..... wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment