Friday, March 28, 2014

Berhati-hati di Laman Sosial, Pemangsa Tidak Pernah Lupakan Mangsanya

Assalamualaikum wrh wbr... Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan beroleh redha-Nya. InsyaAllah pada kali ini saya akan membicarakan mengenai mangsa yang sering lupakan jerat, sedangkan jerat tidak pernah melupakan mangsa.
Dewasa ini manusia sudah tidak dapat lari dari alam maya, atau disebut sebagai alam siber, kita lihat remaja seawal umur belasan tahun sudah mula menjebakkan diri dalam dunia alam maya, apa yang dimaksudkan dunia alam maya disini ialah laman sosial, memang setiap manusia harus bersosial bagi memastikan perkembangan minda yang sihat, namun keterlaluan dalam bersosial di laman sosial harus diberi perhatian yang serius, ini kerana alam maya merupakan alam yang penuh dengan tipu daya, sebagai contoh di dalam laman sosial yang semakin mendapat tempat masa kini, iaitu Facebook, sesiapa sahaja boleh membuka akaun baru Facebook kerana ianya mudah dan cepat, oleh yang demikian itu, ramai juga lah manusia yang tidak bertanggungjawab membuka bukan sahaja satu, malah beberapa akaun palsu hanya untuk berseronok-seronok di alam maya.

Di alam maya merupakan alam yang sukar untuk diawasi dan dikawal, manusia bebas bersembang, bersosial dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada ketagihan laman sosial, ada sesetengah manusia pemalu, pendiam, penakut dan sebagainya di alam realiti, tetapi berubah menjadi peramah, banyak mulut, dan berani apabila masuk ke alam maya atau disebut sebagai (Keyboard Warrior), ini merupakan suatu situasi yang merbahaya, lebih membahayakan ianya tidak dikawal oleh sesiapa pun, hanya berbekalkan iman di dada sebagai benteng. Implikasi dari perkara tersebut adalah menyebabkan berlakunya perang siber, fitnah-memfitnah, kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan sebagainya dengan menggunakan nama palsu pada akaun masing-masing.


Penyakit ketagihan laman sosial sudah semakin parah dalam kalangan masyarakat masa kini yang majoriti penghidapnya adalah remaja seawal umur belasan tahun, seolah-olah segala perkara dalam hidupnya ingin dikongsikan dengan beratus-ratus sahabat mayanya. Ini seolah-olah membuka ruang kepada sesiapa sahaja di alam maya untuk mendekati dan mengenal kita dengan lebih dekat, sedangkan kita sendiri tidak dapat memastikan identiti setiap orang dari ratusan sahabat maya kita, siapa tahu dalam kalangan ratusan sahabat kita itu ada penjenayah, perogol, penyamun yang sedang mencari mangsanya. Sebagaimana rahsia negara tidak sewenang-wenangnya di bongkarkan agar menjadi tatapan negara lain, begitu jugalah rahsia peribadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya di sebarkan kepada sesiapa sahaja samada yang dikenali mahupun tidak.

Memang tidak dapat dinafikan dalam berjuta-juta pengguna laman sosial, terdapat individu atau kelompok yang berniat jahat, ini telah terbukti apabila ramai yang telah terperangkap, di alam maya macam-macam perkara boleh terjadi, remaja perlu berhati terutamanya apabila hendak post sesuatu samaada berbentuk teks, gambar dan video, memang ada sesetengah yang membuat security pada akaun masing2 agar orang yang tidak dikenali tidak dapat menjenguk kedalam akaun kita, akan tetapi sudah pasti ianya masih ada kelemahan dan kekurangan, cuba banyangkan apa yang akan terjadi sekiranya orang yang tidak bertanggungjawab berjaya mendownload gambar peribadi dari akaun kita, macam2 yang boleh dilakukan dengan gambar kita lebih-lebih lagi gambar yang menunjukkan seluruh jasad kita dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Oleh yang demikian itu, saya ingin menasihatkan diri, dan sahabat-sahabat sekalian, agar kita lebih berhati-hati apabila masuk ke alam maya, dengan dunia yang penuh dengan teknologi-teknologi ini, pelbagai perkara boleh berlaku tanpa di duga, ingatlah, janganlah jadi seperti pelanduk yang sering lupakan jerat, kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Wallahua'lam... Sekian Wassalam...

Oleh: Muhd Khairussyafiq Bin Masran

No comments:

Post a Comment