Monday, June 11, 2012

Konspirasi Freemason

 High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP)

Assalamualaikum, semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat baginda ra.

InsyaAllah pada hari ini saya akan kongsikan satu ilmu yang amat berguna buat anda dan cucu cicit anda, artikel ini adalah hasil kajian amatur saya melalui pencarian maklumat dari internet dan penyelesaian satu teka-teki yang mungkin betul mungkin tidak.

pernahkah anda mendengar gerakan illuminati? secara ringkasnya gerakan ini adalah gerakan yang bernaung di bawah gerakan freemason, antara gerakan lain yang bernaung di bawah freemason adalah skull and bones 322, dan banyak lagi. untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, pada tahun 1980, Steve Jackson telah bercadang untuk mencipta satu permainan kad, iaitu "Illuminati Card Game",kemudian permainan itu berjaya dicipta dan dijual di pasaran sekitar tahun 1983. apa yang menariknya pada permainan kad ini sehingga membuatkan saya tergerak untuk membuat sedikit kajian amatur. mari kita sama-sama merungkai persoalan ini. gambar di bawah ini adalah antara beberapa kad yang saya pilih untuk ditayangkan.



untuk pengetahuan sahabat-sahabat, sebenarnya disebalik permainan kad ini terdapat satu konspirasi illuminati, ada setengahnya yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. lihat pada gambar diatas, kad yang saya bulatkan bewarna merah adalah kad yang telah berlaku, yang bewarna kuning sedang berlaku, bewarna biru akan berlaku. Setiap kad dalam permainan kad illuminati mempunyai maksud tersendiri, namun dalam banyak-banyak kad diatas, ada satu kad yang akan saya fokuskan. cuba anda lihat kad ini, iaitu kad "EarthQuake Projector"



kad ini bernama EarthQuake Projector, EarthQuake = gempa bumi, manakala projector = penjana/pencetus, jadi mereka mencipta satu alat yang boleh menjana gempa bumi??
mereka mengkaji bagaimana terjadinya gempa bumi, seperti mana yang kita pelajari dalam matapelajaran sains darjah 4 klau x silap, gempa bumi berlaku disebabkan geselan dua plat bumi yang mengakibatkan gegaran. lihat gambar di bawah



tahukah anda, alat penjana gempa bumi itu telah diwujudkan yang diberi nama High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP),

   Salah satu HAARP di area 51, us

    Gambar HAARP secara dekat

   Lokasi HAARP di seluruh dunia


HAARP ialah satu alat yang menggunakan frekuensi yang tinggi iaitu ELF wave yang boleh menyebabkan berlaku gegaran diantara dua plat bumi. ELF wave dihasilkan daripada HAARP, kemudian dipancarkan gelombang tersebut ke ionosfera, lalu gelombang tersebut terpantul melalui ionosfera ke kawasan yang di target. untuk mengetahui lebih lanjut, lihat video ini untuk penjelasan mengenai HAARP

 
    Tectonic Weponry : How To make an earthquake

terdapat kebarangkalian beberapa siri gempa bumi yang berlaku di beberapa kawasan adalah disebabkan aktiviti HAARP, melalui HAARP ini juga boleh menjana Tsunami iaitu dengan mencetuskan gempa bumi di dasar lautan seperti yang terjadi di Jepun baru-baru ini, adakah ini yang di maksudkan dengan firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:-
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah di lakukan oleh tangan manusia;(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)", sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.Untuk mengkaji lebih lanjut, bolehlah search beberapa maklumat di Youtube dan Google,dan membaca beberapa buku yang berkaitan, wallahu A'lam..

semoga ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian....

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran

No comments:

Post a Comment