Monday, June 11, 2012

IDM tak selaras dengan Firefox?

 IDM CC untuk Firefox 11, 12, 13 dan keatas...

Assalamualaikum, semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di bawah rahmat Allah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat-sahabatnya ra.

InsyaAllah hari ini saya akan kongsikan satu ilmu yang mungkin berguna buat anda. adakah anda pengguna browser Mozilla Firefox? dan adakah anda pengguna Internet Download Manager (IDM)? untuk pengetahuan anda, version Mozilla Firefox sentiasa dinaik taraf kepada version yang lebih advance dengan function dan kelajuan yang dinaik taraf, namun terkadang addons Internet Download Manager (IDM) untuk firefox tidak selari dengan version yang terbaru iaitu firefox version 12.0, 13.0 dan keatas, ini menyebabkan
download manager default yang digunakan oleh firefox bukan Internet Download Manager (IDM) walaupun anda install perisian ini di dalam komputer anda.
cara penyelesaiannya adalah sangat mudah, dan tutorial ini hanya untuk pengguna browser Mozilla Firefox, untuk browser lain seperti Google Chrome, Opera, Safari dan sebagainya InsyaAllah akan di post selepas ini, (tgh final exam boh)..

sila ikut langkah-langkah di bawah secara teratur untuk memastikan ianya berjalan lancar.

1. Download zip file IDM CC di sini http://cl.ly/1b3i44411Y370P0U3R2u, saiz hanya 324kb, 
    pastikan anda tahu di mana file tersebut di save kemudian extract file tersebut.
2. Kemudian click pada menu "Tools", (lihat gambar 1), kemudian pilih "Add-ons" (Gambar 2), 
    atau untuk cara yang lebih mudah, cuma tekan pada keyboard Ctrl+Shift+A.
    Gambar 1
    
 
     Gambar 2   

3. Pilih menu "Extensions", (lihat gambar 3)
    Gambar 3

4. Tekan icon gear di atas sebelah kanan (lihat gambar 4).
    Gambar 4

5. Kemudian pilih menu "Install Add-on From File", tetingkap pencarian akan keluar, (lihat gambar 5)
    Gambar 5

6. cari file yang anda download tadi "IDM CC" kemudian tekan open.(gambar 6)
    Gambar 6

7. Mozilla akan install file yang anda open, setelah selesai restart firefox..:-)

jika ada sebarang masaalah sila komen, InsyaAllah akan dijelaskan... selamat mencuba..:-)

Oleh: Muhd Khairussyafiq Masran

No comments:

Post a Comment