Wednesday, December 9, 2015

Bayi Menangis Tanpa Sebab?

kebiasaannya bayi akan menangis atas sebab-sebab tertentu seperti lapar susu, sakit perut, kembung perut, terbuang air, harga barang naik dan sebagainya, namun, ada ketika bayi akan menangis tanpa apa-apa sebab tidak kira sama ada pagi, tengahari, petang mahupun tengah malam, sekiranya ini terjadi, kemungkinan bayi itu sedang diganggu oleh makhluk halus (jin/syaitan), ini kerana bayi boleh melihat makhluk halus dengan mata kasar, dan jin pula memang suka mengganggu bayi/kanak2, maka ada beberapa tindakan yang perlu dilakukan, antaranya ialah:

1. Perhatikan pergerakan mata bayi tersebut, jika matanya menjadi bulat dan melilau-lilau, itu bermakna dia sedang mencari kelibat jin yang mengganggunya sebentar tadi, atau anak matanya terpana ke satu-satu tempat, itu bermakna dia sedang melihat jin di tempat tersebut.

2. Tutupkan mata bayi dengan tapak tangan kanan kita (jangan terlalu kuat), bacakan potongan ayat 27 dari surah al-A'raf, kemudian tiupkan pada kedua-dua kelopak matanya atau boleh juga dengan hanya hembus dan lurutkan perut ibu jari kanan kita di kedua-dua kening bayi tersebut.



3. Kemudian, bacakan doa menghindari syaitan dengan suara yang agak nyaring, sekira-kira boleh didengari segenap ruang.

4. Sekiranya bayi masih lagi menangis, cuba ikhtiarkan pula dengan membaca ayat qursi secara nyaring sekira-kira boleh didengari dari segenap sudut.

p/s: Sepanjang proses di atas dilaksanakan, jangan tunjukkan yang kita sedang ketakutan walaupon hanya tinggal berdua dengan baby, waktu tengah malam pulak tu, buat muka macam takde apa-apa berlaku, buat muka sebagaimana muka seorang PM sedang mengumumkan kenaikan harga barang, kalau kita tunjukkan yang kita sedang ketakutan, silap haribulan dia muncul depan kaca mata kita, tak pasal2 masa tu dapat pecahkan rekod dunia lari pecut... hihi..

p/s 2: Janganla sesekali menggunakan tangkal tak kirala pada bayi, diri sendiri atau rumah, ada sesetengah orang memakaikan tangkal untuk mengatasi masalah gangguan pada anaknya, contohnya seperti memakaikan simpulan benang hitam pada pergelangan lengan atau leher dsb, itu adalah perbuatan syirik dan dilarang oleh syarak... na'uzubillah min zaalik...

p/s 3: kita hanyalah berikhtiar, Allah jualah yang memberi kesembuhan...

sekian, wallahu a'lam..

sebarang pertanyaan emailkan kepada khairussyafiq@gmail.com

No comments:

Post a Comment