Friday, October 14, 2011

Cara-cara untuk selamatkan My Documents

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Terkadang PC kita ada masalah tanpa kita menjangkakannya, seperti contoh PC tidak boleh BOOT (Masuk ke windows), kebiasaannya bagi masaalah sistem windows hanya ada dua jalan penyelesaian iaitu Repair Using Windows CD atau Format, dan dalam keadaan seperti itu, kita tidak berkesempatan untuk membuat backup terhadap apa-apa dokumen yang terdapat di dalam “My Document” kerana windows sudah tidak boleh di access…. Jadi di sini saya nak kongsikan cara untuk selamatkan data dalam “My Documents” sebelum terlambat, bak kata pepatah “Sediakan Payung Sebelum Hujan”, hehe… Ikuti langkah di bawah dengan tertib…

Windows XP


Langkah 1: Right Click pada icon “My Documents” di desktop, kemudian pilih “Properties”.


Langkah 2: Tetingkap “My Documents Properties” akan muncul, lihat pada ruangan “Target”, kebiasaannya address pada ruangan target ialah [C:\Documents and Settings\User\My Documents].


Langkah 3: Tukar address dalam ruangan “Target” ke dalam partition lain selain partition yang anda simpan sistem windows. Sebagai contoh [D:\My Documents], tukar D kepada partition pilihan anda. Kemudian klik “OK”


Langkah 4: klik “Yes” untuk create folder “My Documents” dalam partition yang kita pilih.




Langkah 5: Tunggu sehingga pemindahan fail selesai, setelah selesai, cuba check dalam partition yang kita pindahkan “My Documents” untuk pastikan samaada pemindahan Berjaya atau tidak.



Windows 7


Langkah 1: Open fail user di desktop, "Right Click" pada "My Document". kemudian klik pada menu "Properties"


Langkah 2: Kemudian tetingkap "My Document Properties" akan muncul, klik pada menu "Location" (Seperti dalam gambar).
Langkah 3: Lihat pada ruangan "Target", kebiasaanya address pada ruangan target ialah [C:\Douments and settings\User\My Documents].
p/s: Address dalam ruangan "target" pada gambar telah ditukar.


Langkah 4: Tukar address dalam ruangan "Target" ke dalam partition selain partition yang anda simpan sistem windows. Sebagai contoh [D:\My Documents], tukar D kepada partition pilihan anda. kemudian klik "OK".
Langkah 5: Klik "YES" untuk create folder "My Documents" dalam partition yang kita pilih.

Langkah 6: Tunggu sehingga pemindahan fail selesai, setelah selesai, cuba check dalam prtition yang kita pindahkan "My Documents" untuk pastikan samaada pemindahan berjaya atau tidak.
Kesimpulan: Setelah "My Documents" anda berada dalam partition lain selain partition sistem windows, anda boleh format partition C:\ bila-bila masa sahaja tanpa perlu backup "My Documents", selamat mencuba...:-)


Sebarang masaalah atau kemusykilan sila klik link di bawah

No comments:

Post a Comment