Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat baginda, serta para
Sahabat baginda radhiAllahu ‘anhum ajma’in. Semoga kita semua sentiasa
dilimpahi rahmat Allah SWT dan sentiasa berada di atas landasan syariat Islam
yang lurus.
Allah SWT telah memperlihatkan kepada
kita dan juga kepada kaum-kaum terdahulu mengenai tanda-tanda kebesaranNya
dalam penciptaan alam ini, firman Allah SWT dalam surah al-Jaatsiyah ayat 3
yang bermaksud; “Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman ”,
tujuannya tidak lain hanyalah supaya manusia merenung dan berfikir tentang
kebesaran dan keagungan Allah SWT seterusnya beriman dan bertaqwa.
Jika kita perhatikan segala ciptaan di
langit mahupun di bumi, maka kita akan dapat menyaksikan betapa hebatnya
ciptaan Allah SWT, lebih-lebih lagi dengan kewujudan kemajuan sains dan
teknologi kurniaan Allah, maka kita dapat mencerapnya dengan lebih detail, dan
sekiranya terdapat satu-satu tanda kebesaran Allah itu yang tidak dapat kita
huraikan dengan sains dan teknologi kerana keterbatasan kemampuan akal kita,
maka kita akan menganggapnya sebagai perkara misteri.
Firman Allah SWT dalam surah Fushilat
ayat 53 yang bermaksud; “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda
(kebesaran) Kami di segenap penjuru (bumi) dan pada diri mereka sendiri,
hingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu benar, tidak cukupkah (bagi
kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”, ayat ini
menjelaskan bahawa setiap sudut di muka bumi ini terdapat tanda-tanda kebesaran
Allah SWT, ini termasuklah kawasan Segi Tiga Bermuda.
Segi Tiga Bermuda dalam bahasa Inggeris
disebut sebagai Bermuda Triangle, disebabkan kemisteriannya sejak berabad
lamanya, maka ia mendapat pelbagai nama dan gelaran, antaranya ialah The Sea
of Doom, The Graveyard of the Atlantic, The Devil Triangle dan sebagainya.
Segitiga Bermuda terletak berhampiran dengan Miami, dan disebut segitiga kerana
ia membentuk kawasan segitiga dengan dihubungkan antara Miami, pulau Puerto
Rico dan pulau Bermuda, ditengah-tengah tiga kawasan inilah wujudnya sebuah
lautan yang sering berlaku kejadian misteri yang tidak dapat dirungkai oleh
manusia walaupun dengan kemajuan sains dan teknologi hari ini.
Kedudukan Segitiga Bermuda |
Misteri
Segi Tiga Bermuda bermula sejak beratas-ratus tahun dahulu, antara yang sempat
direkodkan ialah pada tahun 1462 masehi, seorang pelayar barat terkenal iaitu
Christopher Columbus mengalami kejadian aneh ketika sedang berlayar di kawasan
tersebut, dalam catatannya, ketika berlayar melalui kawasan tersebut, beliau mendapati
bacaan kompas di kawasan tersebut sangat membingungkan, bukan itu sahaja, malah
beliau bersama anak-anak kapal yang lain terlihat satu cahaya aneh di langit.
Kemudian
pada tahun 1918, satu lagi kejadian misteri berlaku terhadap sebuah kapal laut
tentera milik NAVY Amerika Syarikat yang bernama USS Cyclops. Kapal tersebut berukuran
542 kaki (165m) panjang dan membawa seramai 300 orang anak kapal berlayar
merentasi Segi Tiga Bermuda, secara tiba-tiba kapal tersebut hilang tanpa
dikesan, dan tiada panggilan kecemasan dibuat daripada kru kapal tersebut,
sejam sebelum kapal tersebut hilang, ia kali terakhir dilihat oleh sebuah kapal
tentera Brittish, dan ianya dalam keadaan yang baik tanpa sebarang masaalah,
namun sejam selepas itu ianya hilang tanpa kesan, Kapal sepanjang 542 kaki
tersebut yang membawa 300 orang anak kapal lenyap selamanya tanpa sebarang
petunjuk dan tiada mayat atau serpihan kapal ditemui.
Kapal Laut USS Cyclops |
Pada
tahun 1945 pula, sebuah lagi kejadian aneh berlaku di Segi Tiga Bermuda, iaitu
misteri kehilangan sekaligus 5 buah kapal terbang pengebom milik NAVY Amerika
Syarikat yang membawa 14 kru anak kapal termasuk 5 juruterbang yang
berpengalaman. Kejadian ini berlaku ketika mereka sedang melakukan rutin
latihan penerbangan selama sejam. Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan
oleh NAVY dengan menghantar sebuah kapal terbang yang membawa seramai 13 kru,
namun, kapal tersebut juga hilang dari radar di Segi Tiga Bermuda.
Banyak
lagi kejadian-kejadian aneh dan misteri yang berlaku sejak berabad-abad lalu
yang masih tidak dapat dirungkai sehingga ke hari ini, pastinya dengan
kejadian-kejadian misteri yang berlaku di Segi Tiga Bermuda mendapat perhatian
ramai pihak, dan menimbulkan pelbagai persoalan serta beberapa teori yang
dikaitkan dengan misteri Segi Tiga Bermuda. Ada yang mengaitkannya dengan fenomena
Kabus Elektronik, Ombak Ganas, UFO, Dajjal dan sebagainya, namun sehingga kini,
masih belum ada lagi teori yang dapat menyelesaikan persoalan misteri di Segi
Tiga Bermuda.
Kita menganggap kejadian-kejadian yang
berlaku di Segi Tiga Bermuda adalah misteri kerana akal kita masih belum mampu
untuk merungkai perkara sebenar yang berlaku di kawasan tersebut,
walaubagaimanapun, kita sebagai umat Islam harus yakin dengan sebenar-benar
yakin bahawa segala kejadian misteri di seluruh alam ini berada di dalam
pengetahuan Allah SWT yang bersifat Maha Mengetahui. Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment