Assalamualaikum, dan salam sejahtera…
Format PC adalah cara terakhir membaiki komputer berkaitan dengan kerosakan system operasi (OS), Di sini saya ingin kongsikan langkah-langkah untuk format PC anda bagi yang menggunakan system operasi Windows XP… Sila ikuti langkah di bawah dengan teratur agar proses format berjalan dengan lancar….
p/s: Sila backup apa-apa dokumen yang masih diperlukan dalam “My Documents”.
Proses Format Windows XP secara ringkas:-
Langkah 1: Masukkan CD windows Xp ke dalam CD Driver, kemudian restart PC anda.
Langkah 2: Apabila keluar “Press any key to boot from cd…” , tekan apa-apa sahaja butang keyboard dan proses boot melalui CD bermula (skrin Biru).
Langkah 3: Kemudian menu pilihan partition akan dipapar. Pilih partition yang ingin di format, tekan D=Delete kemudian tekan C=Create Partition. (ENTER=Install, D=Delete Partition, F3=Quit).
Langkah 4: Setelah pilih partition, tekan “Enter” pada partition yang dipilih. Kemudian “Setup is formatting” akan bermula, tunggu sehingga selesai.
Langkah 5: Tunggu proses format sehingga selesai, kepantasan proses bergantung kepada tahap kemampuan “Processer” PC anda.
Langkah 6: Setelah selesai proses format, install kembali segala driver yang diperlukan.
Langkah 6: Setelah selesai proses format, install kembali segala driver yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment