Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah saya masih diizinkan oleh Allah SWT untuk berkongsi info yang berguna buat anda semua.
InsyaAllah pada hari ini saya akan kongsikan satu info yang sangat bermanfaat kepada anda, info ini saya ambil dalam sebuah laman facebook Ustaz Mohd Fadli Yusof.
klik sini untuk link kepada laman facebooknya..
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan
SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul
Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat
mengelirukan, kerana ramai yang telah
copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan
ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai
SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN
"SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Terjemahan
ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan
berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka
akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam
maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan
selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka,
agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan
oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu
bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin
disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan
dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar
jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul
husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk
mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah
SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan
apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa'
4:86)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika
mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat
sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada
kamu". (Al-Hijr 15:52)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)
Penulis-penulis
artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai
menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama
dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi
lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
إِنَّ
ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
“Tiga
perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu
memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya
dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling
disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s:
Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari
www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat
terdapat perkataan SALAM.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian dan sampaikanlah kepada sahabat-sahabat lain yang tidak berpeluang/berkesempatan membaca artikel ini...
Sumber: Ustaz Mohd Fadli Yusof
https://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/jawapan-saya-kepada-artikel-jangan-gunakan-perkataan-salam/10150147697891719